Ahad, 25 Oktober 2009

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Rabu, 21 Oktober 2009

I am looking for a teacher

I am looking For a Teacher

I am looking for a teacher
Who is beautiful inside
Honest with the students
Giving them a sense of pride

I am looking for a teacher
With a healthy self esteem
Who clearly states the rules
And doesn’t have to scream

I am looking for a teacher
Who creatively prepares
But Whose first priority
Is to convey that she cares

I am looking for a teacher
Who is interested, not aloof
Who treat her students with respect
Even when they goof

I am looking for a teacher
Who knows how to laugh and smile
Who enjoys what she’s doing
And goes the extra miles

I am looking for a teacher
Who believes all students can learn
Who praises their efforts and talents
They give their best return

I am looking for a teacher
Who communicates with parents well
Gently and carefully selecting words
When there’s problem to tell

I am looking for a teacher
Who will fill a child with desire
To love to learn more every day
With curiosity that won’t tire

I am looking for a teacher
Who encourages children to have a dream
To work at solving problems
Building their self esteem
There are some teachers out there
The kind I am looking for
For their student’s success
They have opened the door.

Isnin, 19 Oktober 2009

PENGORBANAN KE ARAH KEJAYAAN - Kepada anak-anakku yang akan mengambil peperiksaan SPM 2009

PADA tahun lepas ada di antara pelajar-pelajar berasa sangat gembira kerana gambar mereka tersiar di akhbar-akhbar kerana berjaya menempah kecemerlangan dalam peperiksaan SPM . Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain? Tidakkah berasa "cemburu" terhadap kejayaan rakan-rakan kita itu? Bayangkan betapa seronoknya perasaan mereka serta ibu bapa mereka apabila mendapat tahu bahawa anak-anak mereka telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan!

Sebenarnya anda juga boleh menjadi pelajar cemerlang sama seperti pelajar-pelajar yang terpapar gambarnya di akhbar-akhbar. Kejayaan tidak mengenal siapa anda, lelaki atau perempuan, tinggi atau rendah, kaya atau miskin, agama dan bangsa. Potensi dan fitrah manusia yang diberikan oleh Tuhan adalah sama. Perbezaannya adalah lahir dari tindakan kita. Manakala tindakan kita pula dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain seperti sikap dan perasaan.

Rata-rata pelajar yang memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan mengatakan rahsia kejayaan mereka adalah terletak kepada usaha mereka yang gigih, tabah serta keazaman yang tinggi. Kejayaan tidak boleh datang secara spontan sahaja tanpa berusaha. Kejayaan merupakan hasil daripada proses pembelajaran.

Jika kita ambil contoh pembelajaran ini sebagai sebuah kilang, maka sebelum kilang itu dapat mengeluarkan sesuatu produk (hasil barangan) kilang itu terpaksa mendapat pelbagi bahan mentah sebagai bahan adunannya. Bahan-bahan mentah itu kadangkalanya senang diperoleh dan kadangkalanya pula sukar dan terpaksa mengimportnya dari luar negeri. Tetapi demi untuk mempastikan produknya berkualiti tinggi maka pengeluarnya akan berusaha mendapatkan bahan mentah tersebut walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.

Setelah memperoleh bahan mentah yang akan diproses melalui beberapa pemeringkatan, pihak pengeluar akan berusaha mempastikan sistem pemerosesannya beroperasi dengan baik demi untuk menjamin hasil barangannya kerana bahan mentah yang diperoleh itu mahal. Hasilnya sudah tentulah barangan tersebut akan mendapat pasaran yang baik oleh para pembeli.

Sekiranya kita ibaratkan pelajar itu sebagai pengeluar barangan maka sudah tentulah pada peringkat permulaannya anda akan berusaha mencari pelbagai sumber ilmu sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar kilang yang cuba mencari bahan mentahnya. Ilmu tidak akan datang menggolek tetapi kita harus mencarinya dan dalam proses pencarian kita perlulah sanggup menempuhi pelbagai cabaran dan tekanan sama ada dari aspek mental, rohani dan jasmani.

Ilmu yang diperoleh tidak akan memberi makna apa-apa kepada kita sekiranya ilmu itu tidak dihayati dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Dalam hal ini, pengusaha kilang cuba mempastikan bahan mentahnya di proses dengan baik ke arah penghasilan barangan yang bermutu, maka seorang pelajar juga harus mempastikan ilmu yang didapati itu -+-- diproses dalam ertikata ilmu itu patut dihayati, dianalisis dan disebatikan dalam kehidupan pelajar-pelajar .

Mutu kawalan yang tinggi dalam pemprosesan akan menghasilkan barangan yang bermutu. Begitu juga dengan pelajar yang dapat menghayati pelajarannya dengan sistematik akan menjamin kecemerlangan dalam bidang akademiknya.

Sehubungan dengan perkara ini Bob Budler (1992) dalam bukunya bertajuk "You Can Do It !" telah menyunting beberapa pendapat dan padangan pakar-pakar motivasi. Salah satu kata-kata yang menarik perhatian saya yang terdapat dalam buku ini ialah berbunyi "You Have to Pay the Price".
Ini bermakna kejayaan itu tiada ternilai harganya. Oleh itu keseluruhan kata-kata di atas bermaksud seseorang itu perlulah bersedia mengorbankan tenaga, berdedikasi dan berusaha dengan gigih sebagai bayaran ke arah menempah kejayaan iaitu ganjaran yang yang ingin dicapainya. Dalam erti kata yang lain tiada kejayaan tanpa usaha dan usaha adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap diri pelajar-pelajar. Tiada siapa yang dapat membantu kita selagi diri kita tidak mahu bergerak untuk membantu diri sendiri.

Sekarang cubalah renung dan lihat diri sendiri. Kemukakanlah soalan ini kepada diri sendiri. "Sudahkah saya bersedia berkorban dalam proses pembelajaran saya?" Jika sudah apakah tindakan saya seterusnya? Jika belum apakah perancangan yang harus saya lakukan? Semoga dengan persoalan ini dapat menyedarkan kita di manakah kedudukan kita sebenarnya serta mengatur langkah untuk membuat persediaan sebelum terlambat.
Bersedialah untuk berkorban demi untuk kecemerlangan masa hadapan. Usaha itu tangga kejayaan!

Semoga pada keputusan peperiksaan tahun hadapan wajah anda yang tersenyum lebar akan terpapar di akhbar-akhbar. InsyaAllah!

Petikan karya DR. ISMAIL ZAIN
[Selamat Pagi Cikgu - akhbar Utusan Malaysia]




Selasa, 15 September 2009

Lasykar Pelangi..

Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat tegang bagi dua guru luar biasa, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong.. Sebab kalau tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup. Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. Ke 10 murid yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalin kisah yang tak terlupakan. 5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus bersekolah. Antara pelbagai tentangan berat dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangatmereka untuk bersekolah. Dalam kepayahan untuk mempertahankan sekolah, mereka harus menghadapi tentangan yang besar. Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cubaan demi cubaan? Cerita ini dipenuhi kisah golongan masyarakat yang dipinggirkan, dan kisah perjuangan hidup menggapai mimpi yang mengharukan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia...
Satu bahan bacaan yang menarik untuk dibaca. Kesedaran akan timbul akan keberuntungan kita sebagai rakyat MALAYSIA yang hidup di bumi MERDEKA!

Isnin, 14 September 2009

pengalaman pertama...

Moga-moga halaman ini dapat membantu para pelajar bagi peningkatan prestasi BAHASA MELAYU kerana BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang merah itu BAHASA...